BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

tart buahku yang tak buah pun...

Awal puasa dulu, aku wat tart buah ni, ikut resepi umieaisyah kat fotopagenya. saja nak tunjuk gambar tart buah yang gajah ni...mana tak gajah, guna acu muffin...("berbakat" sungguh aku dalam bidang masakan...). Gambar gelap sebab memang tak mau enterprem pon...sebabkan tuan punya fotopage yang request nak tengok gambar tart gajah ni, ha..tengok la, amacam? ada berani makan?(wakakaka...)






Daulat Tuanku!

Hari kemerdekaan negara kita dah lepas beberapa hari, tapi sambutan nya masih ada lagi. Jalur gemilang pun masih lagi aku kibarkan kat meja kerja aku, tapi yang aku nak kisahkan kat sini ialah perihal kisah yang terjadi semasa pelancaran bulan kemerdekaan tak lama dulu.




Seperti biasa, sebelum memulakan majlis, semua guru dan pelajar sekolah mesti la kena nyanyi negaraku dan lagu sekolah kan...dan sekolah yang satu ni, ada tambahan menyanyi lagu negeri Perak.






Sedang semua mula menyanyi lagu negeri Perak yang sedap tu, tiba-tiba ada seekor burung helang ni yang sedang terbang hinggap di atas bumbung bangunan di depan kami semua. Yang magiknya, bila habis aja kami menyanyi lagu negeri Perak tu, burung tu otometik terbang balik, hmm, magik... magik. Semua kat situ pun perasan kejadian ni. Kebetulan atau ada yang tersirat?

Sayang aku tak ready handphone kat tangan masa tuh, kalu dak... boleh tunjuk.





berhabuk...

Fuh...lama betul tak update blog ni, tu la, orang ada blog, aku pun nak berblog, orang banyak isi nak update, aku biar bersawang. lepas balik kursus tak dan lagi nak wat entry apa pun. Apa pun, yang aku tau, aku berjaya mengharungi perjalanan 200 kilo dengan tayar botakku selama tiga hari dengan Alhamdulilah, jayanya...kursus ok, penceramah besh la jugak. makan pun best. Ilmu yang dapat pun best.







Ni antara gambar yang aku dan ambik. ada Kak Fida ngan Ila dari SK Langkap dan Sk Dato' Yahaya Subhan. Ada yang mai dari Gerik, Tanjung Malim, Sungkai, pendek kata merata-rata tempat la depa ni.






Makmal komputer SK Manjung ni pun bleh tahan jugak kemas dan cantiknya.








balik kampung...

balik kampung...ooohh ooooh oohhh balik kampung...yippiee!!!


risk taker or plain stupid?

"Kak, tayar depan kereta akak tu dah botak, kalau hari ujan bawak laju2, sure accident punya..." Pembantu kat pusat servis tu bagitau aku pasai tayar depan kereta aku.

"errk, oh yaa yaa, tu memang perasan tu, memang cadang nak tukar, tapi bukan sekarang.." jawapan kurang bernas dari aku.

Dan perbualan itu berlaku selepas aku tahu aku kena hadir kursus di satu kawasan yang jauhnya kurang lebih 100 kilometer dari umah aku...selama tiga hari, di mana aku buat keputusan nak ulang-alik, maksudnya aku akan wat perjalanan kira-kira 200-+ kilometer untuk tiga ari tu...


Aku memang perasan tayar depan tu dah botak, dengan teruk, tapi di sebabkan selama ni tempat kerja aku dekat sangat, aku tak la peduli nak tukar tayar tu...nak kata kedekut@tak ada budget tak jugak...

tu sebab aku tanya balik semua yang baca entry ni, am i a risk taker or plain stupid?

p/s: Aku tak tanya soalan ni kat En. Itik, sebab aku tahu jawapannya...wakaka...(dah tau lagi mau tanya...;=) )





i want to feel tired...

i want to feel tired
so that i could have a good sleep...

i want a good sleep

so that i would wake up with that rejuvenating sensation

i want to wake up with that rejuvenating sensation

so that i will be able to d
o my chores...

but instead of all the tiredness,

still c
an't i get a good sleep...
to wake up with that rejuv
enating sensation,
yet to finish up all my chores

*sigh**sigh**sigh*...what is becoming of muaa lately....


i want to sleep like ...


H1N1 oh H1N1

Dulu pernah la terdengar pasal wabak selsema burung melanda, nasib baik la anak angsa tak berjangkit ngan wabak tu, abih masa tu saudara seangkatannya anak angsa kena hapus aka tanam hidup-hidup...mcm zaman jahiliah plak... dulu jugak ada femes pasal wabak bawaan satu binatang yang sangat popular, apa lagi kalau bukan b*b*. JE, abih la jugak berkandang-kandang spesis yang tak berapa ngam ngan anak angsa ni kena hapus.

Terbaru, sekarang ni plak, timbul plak penyakit yang menakutkan la jugak, lagi takut dari AIDs, sekurang-kurangnya AIDs boleh tau punca dan cara nak elaknya, penyakit yang ini pulak...tak pilih mangsa...memang menakutkan. langkah yang paling baik pun boleh buat pakai 'mask' dan kerap cuci tangan. Banyak sekolah-sekolah kat Malaysia ni dah kena tutup seminggu.

Gambar ni menunjukkan budak-budak sekolah di sebuah daerah yang memakai topeng muka. Menurut sumber dalaman yang aku terima, depa pakai topeng ni bukan sebab atas kesedaran tentang H1N1, tapi sebab takut kena 'penampor' ngan pengetua sekolah depa kalu depa tak pakai topeng tu, hah, tahu takut...pakai jangan tak pakai...tak rugi pun...