BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Cuti...
Balik kampung lagi...balik pulak time LIMA tgh hot, jalan pun jam sana sini, ngalahkan kotaraya lak...penyudahnya aku berkurung ja sampai abih LIMA...Bising jangan cakap la, bunyi MIG29 terbang kat atas bumbung rumah. Mengingatkan aku masa aku amik SPM, tahun 199*, pun LIMA gak, tiap-tiap kali jet tu lalu ja, kami (aku ngan memeber2) mesti tunduk kepala, macam nak landing atas bumbung dewan periksa tu ja gayanya. Nasib la masa tu paper Geografi, tak la terkailan goreng sangat, tapi sakit ati la jugak...
Lepas LIMA baru la keluar jalan-jalan amik angin sikit...
Time balik aku tengok ada saki-baki pelawat, datang memeriahkan dan meng'kaya'kan Pak Aji Mail, bagus la...menjana ekonomi negara. tapi yang tak syoknya masa nak tunggu merga2 ni suma naik atas bot. apa tak tensen kalu sorang bawak sampai 15 kilo barang ngan beg masuk bot, kalu 20 orang macam mana? Waktu tu aku rasa macam nak beli ja bot sendiri tapi apakan daya, aku baru ja masuk syer beli kapai selam...



tart buahku yang tak buah pun...

Awal puasa dulu, aku wat tart buah ni, ikut resepi umieaisyah kat fotopagenya. saja nak tunjuk gambar tart buah yang gajah ni...mana tak gajah, guna acu muffin...("berbakat" sungguh aku dalam bidang masakan...). Gambar gelap sebab memang tak mau enterprem pon...sebabkan tuan punya fotopage yang request nak tengok gambar tart gajah ni, ha..tengok la, amacam? ada berani makan?(wakakaka...)






Daulat Tuanku!

Hari kemerdekaan negara kita dah lepas beberapa hari, tapi sambutan nya masih ada lagi. Jalur gemilang pun masih lagi aku kibarkan kat meja kerja aku, tapi yang aku nak kisahkan kat sini ialah perihal kisah yang terjadi semasa pelancaran bulan kemerdekaan tak lama dulu.




Seperti biasa, sebelum memulakan majlis, semua guru dan pelajar sekolah mesti la kena nyanyi negaraku dan lagu sekolah kan...dan sekolah yang satu ni, ada tambahan menyanyi lagu negeri Perak.






Sedang semua mula menyanyi lagu negeri Perak yang sedap tu, tiba-tiba ada seekor burung helang ni yang sedang terbang hinggap di atas bumbung bangunan di depan kami semua. Yang magiknya, bila habis aja kami menyanyi lagu negeri Perak tu, burung tu otometik terbang balik, hmm, magik... magik. Semua kat situ pun perasan kejadian ni. Kebetulan atau ada yang tersirat?

Sayang aku tak ready handphone kat tangan masa tuh, kalu dak... boleh tunjuk.





berhabuk...

Fuh...lama betul tak update blog ni, tu la, orang ada blog, aku pun nak berblog, orang banyak isi nak update, aku biar bersawang. lepas balik kursus tak dan lagi nak wat entry apa pun. Apa pun, yang aku tau, aku berjaya mengharungi perjalanan 200 kilo dengan tayar botakku selama tiga hari dengan Alhamdulilah, jayanya...kursus ok, penceramah besh la jugak. makan pun best. Ilmu yang dapat pun best.







Ni antara gambar yang aku dan ambik. ada Kak Fida ngan Ila dari SK Langkap dan Sk Dato' Yahaya Subhan. Ada yang mai dari Gerik, Tanjung Malim, Sungkai, pendek kata merata-rata tempat la depa ni.






Makmal komputer SK Manjung ni pun bleh tahan jugak kemas dan cantiknya.








balik kampung...

balik kampung...ooohh ooooh oohhh balik kampung...yippiee!!!


risk taker or plain stupid?

"Kak, tayar depan kereta akak tu dah botak, kalau hari ujan bawak laju2, sure accident punya..." Pembantu kat pusat servis tu bagitau aku pasai tayar depan kereta aku.

"errk, oh yaa yaa, tu memang perasan tu, memang cadang nak tukar, tapi bukan sekarang.." jawapan kurang bernas dari aku.

Dan perbualan itu berlaku selepas aku tahu aku kena hadir kursus di satu kawasan yang jauhnya kurang lebih 100 kilometer dari umah aku...selama tiga hari, di mana aku buat keputusan nak ulang-alik, maksudnya aku akan wat perjalanan kira-kira 200-+ kilometer untuk tiga ari tu...


Aku memang perasan tayar depan tu dah botak, dengan teruk, tapi di sebabkan selama ni tempat kerja aku dekat sangat, aku tak la peduli nak tukar tayar tu...nak kata kedekut@tak ada budget tak jugak...

tu sebab aku tanya balik semua yang baca entry ni, am i a risk taker or plain stupid?

p/s: Aku tak tanya soalan ni kat En. Itik, sebab aku tahu jawapannya...wakaka...(dah tau lagi mau tanya...;=) )





i want to feel tired...

i want to feel tired
so that i could have a good sleep...

i want a good sleep

so that i would wake up with that rejuvenating sensation

i want to wake up with that rejuvenating sensation

so that i will be able to d
o my chores...

but instead of all the tiredness,

still c
an't i get a good sleep...
to wake up with that rejuv
enating sensation,
yet to finish up all my chores

*sigh**sigh**sigh*...what is becoming of muaa lately....


i want to sleep like ...