BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

balik kampung...

balik kampung...ooohh ooooh oohhh balik kampung...yippiee!!!


risk taker or plain stupid?

"Kak, tayar depan kereta akak tu dah botak, kalau hari ujan bawak laju2, sure accident punya..." Pembantu kat pusat servis tu bagitau aku pasai tayar depan kereta aku.

"errk, oh yaa yaa, tu memang perasan tu, memang cadang nak tukar, tapi bukan sekarang.." jawapan kurang bernas dari aku.

Dan perbualan itu berlaku selepas aku tahu aku kena hadir kursus di satu kawasan yang jauhnya kurang lebih 100 kilometer dari umah aku...selama tiga hari, di mana aku buat keputusan nak ulang-alik, maksudnya aku akan wat perjalanan kira-kira 200-+ kilometer untuk tiga ari tu...


Aku memang perasan tayar depan tu dah botak, dengan teruk, tapi di sebabkan selama ni tempat kerja aku dekat sangat, aku tak la peduli nak tukar tayar tu...nak kata kedekut@tak ada budget tak jugak...

tu sebab aku tanya balik semua yang baca entry ni, am i a risk taker or plain stupid?

p/s: Aku tak tanya soalan ni kat En. Itik, sebab aku tahu jawapannya...wakaka...(dah tau lagi mau tanya...;=) )





i want to feel tired...

i want to feel tired
so that i could have a good sleep...

i want a good sleep

so that i would wake up with that rejuvenating sensation

i want to wake up with that rejuvenating sensation

so that i will be able to d
o my chores...

but instead of all the tiredness,

still c
an't i get a good sleep...
to wake up with that rejuv
enating sensation,
yet to finish up all my chores

*sigh**sigh**sigh*...what is becoming of muaa lately....


i want to sleep like ...


H1N1 oh H1N1

Dulu pernah la terdengar pasal wabak selsema burung melanda, nasib baik la anak angsa tak berjangkit ngan wabak tu, abih masa tu saudara seangkatannya anak angsa kena hapus aka tanam hidup-hidup...mcm zaman jahiliah plak... dulu jugak ada femes pasal wabak bawaan satu binatang yang sangat popular, apa lagi kalau bukan b*b*. JE, abih la jugak berkandang-kandang spesis yang tak berapa ngam ngan anak angsa ni kena hapus.

Terbaru, sekarang ni plak, timbul plak penyakit yang menakutkan la jugak, lagi takut dari AIDs, sekurang-kurangnya AIDs boleh tau punca dan cara nak elaknya, penyakit yang ini pulak...tak pilih mangsa...memang menakutkan. langkah yang paling baik pun boleh buat pakai 'mask' dan kerap cuci tangan. Banyak sekolah-sekolah kat Malaysia ni dah kena tutup seminggu.

Gambar ni menunjukkan budak-budak sekolah di sebuah daerah yang memakai topeng muka. Menurut sumber dalaman yang aku terima, depa pakai topeng ni bukan sebab atas kesedaran tentang H1N1, tapi sebab takut kena 'penampor' ngan pengetua sekolah depa kalu depa tak pakai topeng tu, hah, tahu takut...pakai jangan tak pakai...tak rugi pun...

Cubes...saya suka...

Tak macam anak angsa, yang hanya boleh melepak dalam tasik dan paling-paling jalan-jalan kat tepi tasik, manusia boleh jalan-jalan ke merata-rata tempat.

Makanya, pada suatu hari...aku pun ambik keputusan pi merayau sopping-sopping sikit. aku berenti satu kedai riki kasut, test kasut, kasut ok...aku pun beli. Pi plak satu tempat simpan barang ni, cari kasut lagi, jumpa kasut, try kasut, kasut ok, beli lagi. pastu aku naik tingkat atas beli alat tulis sikit...jalan-punya jalan punya, aku nampak satu objek, dah lama niat nak cari benda ni tapi tunggu...kat depan sikit aku nampak satu encik ni...err, satu tempat kerja aku, ala poton btoi...

"er..hai" aku senyum..
"hai.." dia senyum balik dan kami sama-sama blah...

lepas tiga langkah aku patah balik dan capai gak objek tuh,

"ha...main cube lagi?" akk enna, dia ada lagi kat situ...
"ishh..bagi anak la.." aku jawab...ikhlas.

Pastu aku terus balik rumah tak merayau ke mana-mana dah.
Tak sabar nak rasmi cube ni sebelum bagi anak aku main...



kepada En. A*l*n, syok layan benda cube ni...jangan tuduh saya enggan membesar ya...

Rayau-rayau dan tuyak..

Malam ni merayau-rayau pi laman blogger-blogger yang best-best belaka. Pi laman encik Yosh, ahahahaha... aku yang tgh rawan pun boleh layan gelak baca entry-entry dia...pastu merayau blog encik Amir, hahh, u two sure had tickled my funny bones...
banyak - banyak blog tempat aku merayau, rata-rata mesti ada entry pasal Arwah Yasmin Ahmad. dek kerana itu, aku dah lali ngan cerita dia. (aku bukan dinoso ok, aku simpati dan rasa kehilangan dia..) cuma, orang lain dah buat banyak sangat entry pasal dia..so i prefer too be a silent reader 'bout her...
sehinggalah aku rayau blog en.Saniboey dan aku jumpa karya yasmin yang ini...aku sedia maklum karya arwah semuanya menyengat, iklan-iklannya memang power tapi takdak la sampai aku nak menitikan air mata...dan aku memang tak bersedia dan tak sangka, air mata aku turun berjurai..(yess..literally...) bila aku tengok ini...

http://www.youtube.com/watch?v=Nw0s4C0g5SM


Al- fatihah to Yasmin Ahmad...

Hari yang bodo ( atau aku yang bodo? )

Macam yang aku cakap dulu, anak angsa memang bertuah sebab boleh berenang dalam tasik dan takdak masalah congestion atau masalah parking...
lain pulak dengan nasib aku ari ni...kerja bodo apa la yang aku dah buat, aku boleh pi sagat bumper kereta member aku...bodo...arghhh..kesan kat kereta member tu sikit dan aku tengok tak kelihatan sangat. calar kat ati aku plak yang lebih-lebih.
aku park balik kereta, naik atas cari mdm y***e, seret dia turun dan mintak maap dengan perasaan yang sa
ngat malu dan menyesal...

sebagai seorang yang sanggup reverse dua tiga kali untuk pastikan aku park betoi tgh2 kotak,(ya,...saya tak malu orang tengok minah ni parking terhegeh-hegeh...)aku rasa sgt malu...

"balik la dengan senang ati...aku maafkan" ujar mdm y***e.
thanks fren...ampunn kayyy....