BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

tart buahku yang tak buah pun...

Awal puasa dulu, aku wat tart buah ni, ikut resepi umieaisyah kat fotopagenya. saja nak tunjuk gambar tart buah yang gajah ni...mana tak gajah, guna acu muffin...("berbakat" sungguh aku dalam bidang masakan...). Gambar gelap sebab memang tak mau enterprem pon...sebabkan tuan punya fotopage yang request nak tengok gambar tart gajah ni, ha..tengok la, amacam? ada berani makan?(wakakaka...)






Daulat Tuanku!

Hari kemerdekaan negara kita dah lepas beberapa hari, tapi sambutan nya masih ada lagi. Jalur gemilang pun masih lagi aku kibarkan kat meja kerja aku, tapi yang aku nak kisahkan kat sini ialah perihal kisah yang terjadi semasa pelancaran bulan kemerdekaan tak lama dulu.




Seperti biasa, sebelum memulakan majlis, semua guru dan pelajar sekolah mesti la kena nyanyi negaraku dan lagu sekolah kan...dan sekolah yang satu ni, ada tambahan menyanyi lagu negeri Perak.






Sedang semua mula menyanyi lagu negeri Perak yang sedap tu, tiba-tiba ada seekor burung helang ni yang sedang terbang hinggap di atas bumbung bangunan di depan kami semua. Yang magiknya, bila habis aja kami menyanyi lagu negeri Perak tu, burung tu otometik terbang balik, hmm, magik... magik. Semua kat situ pun perasan kejadian ni. Kebetulan atau ada yang tersirat?

Sayang aku tak ready handphone kat tangan masa tuh, kalu dak... boleh tunjuk.





berhabuk...

Fuh...lama betul tak update blog ni, tu la, orang ada blog, aku pun nak berblog, orang banyak isi nak update, aku biar bersawang. lepas balik kursus tak dan lagi nak wat entry apa pun. Apa pun, yang aku tau, aku berjaya mengharungi perjalanan 200 kilo dengan tayar botakku selama tiga hari dengan Alhamdulilah, jayanya...kursus ok, penceramah besh la jugak. makan pun best. Ilmu yang dapat pun best.







Ni antara gambar yang aku dan ambik. ada Kak Fida ngan Ila dari SK Langkap dan Sk Dato' Yahaya Subhan. Ada yang mai dari Gerik, Tanjung Malim, Sungkai, pendek kata merata-rata tempat la depa ni.






Makmal komputer SK Manjung ni pun bleh tahan jugak kemas dan cantiknya.