Hari kemerdekaan negara kita dah lepas beberapa hari, tapi sambutan nya masih ada lagi. Jalur gemilang pun masih lagi aku kibarkan kat meja kerja aku, tapi yang aku nak kisahkan kat sini ialah perihal kisah yang terjadi semasa pelancaran bulan kemerdekaan tak lama dulu.
Seperti biasa, sebelum memulakan majlis, semua guru dan pelajar sekolah mesti la kena nyanyi negaraku dan lagu sekolah kan...dan sekolah yang satu ni, ada tambahan menyanyi lagu negeri Perak.
Sedang semua mula menyanyi lagu negeri Perak yang sedap tu, tiba-tiba ada seekor burung helang ni yang sedang terbang hinggap di atas bumbung bangunan di depan kami semua. Yang magiknya, bila habis aja kami menyanyi lagu negeri Perak tu, burung tu otometik terbang balik, hmm, magik... magik. Semua kat situ pun perasan kejadian ni. Kebetulan atau ada yang tersirat?
Sayang aku tak ready handphone kat tangan masa tuh, kalu dak... boleh tunjuk.
Sayang aku tak ready handphone kat tangan masa tuh, kalu dak... boleh tunjuk.
0 comments:
Post a Comment